RSS

transit planet zuhrah...

xsempat tgk td kejadian tuhan yg unik td..
huhu..dpt baca article from google je..
tp meh kte copypaste kt cni untk tatapan semua..
hihihi..saya suka ilmu2 cmni..untk tmbah 
ilmu di dada...
cekidout....
Transit Planet Zuhrah. Kali terakhir kejadian ini berlaku ialah pada tahun 2004. Jika anda terlepas peluang menyaksikan kejadian ini, anda terpaksa menunggu sehingga tahun 2117 untuk melihat transit seterusnya!
Bagi meraikan fenomena unik ini, mari kita baca sedikit penerangan di dalam bentuk Soal Jawab.

Kenapa Transit ini boleh berlaku?
Bumi bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang 365 hari. Zuhrah pula mengambil masa 225 hari untuk melengkapi satu pusangan mengelilingi matahari.
Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, ia akan melintasi Bumi setiap 1.6 tahun (kerana orbitnya lebih kecil dan pergerakkannya lebih laju berbanding Bumi). Ketika itu ia akan berada di antara Matahari dan Bumi. Namun, disebabkan satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya ia akan berada di bawah atau atas matahari.
Adalah sangat jarang Zuhrah akan berada TEPAT di antara Matahari dan Bumi. Oleh itu, apabila ini berlaku, maka ia dinamakan Transit planet Zuhrah.
National Centre for Radio Astrophysics, India akan menyediakan sebuah ebook yang menarik berkenaa Transit ini.https://docs.google.com/file/d/0B0ZPQr25M5_sQ2IwMHB2RnMzM0k/edit?pli=1
Adakah ia berlaku tiap-tiap tahun?
Tidak. Malah phenomena transit planet Zuhrah ini berlaku dalam satu corak berulang setiap lebih sikit dari 100 tahun. Lebih menarik ialah, apabila ia berlaku, ia akan datang dalam 2 pasangan fenomena yang dijarakkan 8 tahun antara satu sama lain.
Contohnya, kali terakhir transit ini berlaku ialah pada tahun 1874 dan 1882 (perhatikan jarak 8 tahun antaranya), kemudian ia berlaku 2004 dan 2012. Transit selepas ini hanya akan berlaku pada tahun 2117 dan 2125!
Bagaimana rupanya transit ini?
Planet Zuhrah ini sebenarnya hampir sama saiz dengan Bumi. Namun, disebabkan ia berada amat jauh dari Bumi, ia hanya akan kelihatan seperti sebuah bulatan hitam yang bergerak melintasi hadapan matahari.
Secara umumnya, lintasan ini akan mengambil masa hampir 6 jam!
Seperkara yang menarik ialah, disebabkan Zuhrah kelihatan bulat, maka ia akan mengambil masa sikit untuk keseluruhan ‘bulatan hitam’ planet ini ‘memasuki’ kawasan hadapan matahari.
AWAS: JANGAN SEKALI-KALI MEMANDANG KE ARAH MATAHARI TANPA PENAPIS MATAHARI YANG SESUAI! MENEROPONG TRANSIT INI SAMA SAHAJA CARANYA SEPERTI MENEROPONG GERHANA MATAHARI.
Apakah cara paling selamat untuk melihat Transit ini?
Sekali lagi JANGAN SEKALI-KALI MEMANDANG KE ARAH MATAHARI TANPA PENAPIS MATAHARI YANG SESUAI! MENEROPONG TRANSIT INI SAMA SAHAJA CARANYA SEPERTI MENEROPONG GERHANA MATAHARI.
Anda perlukan penapis matahari seperti Mylar atau Baader untuk melihat matahari (samada menerusi teleskop, binokular atau mata).
Ataupun dapatkan cermin mata matahari khas dari penjual barangan astronomi yang berdekatan.
Gelas yang digelapkan MASIH BERBAHAYA!
Cermin mata gelap (sunglass) MASIH BERBAHAYA!
Air dalam baldi MASIH BERBAHAYA!
Oleh itu, pastikan anda menghubungi pihak seperi Planetarium Negara, untuk mendapat tunjuk ajar yang sesuai untuk cerapan transit ini.
Di internet juga, begitu banyak informasi berkenaan cara terbaik mencerap matahari (atau dalam kes ini, transit zuhrah).
Rujuk pautan di bawah:
Adakah kita akan terkeliru bentuk Zuhrah dengan tompok matahari/sunspot?
Tidak mungkin. Berdasarkan pengamatan pada tahun 2004 lepas, Zuhrah akan kelihatan ‘sempurna bulat’ dan hitam pekat, berbanding dengan tompok matahari.
Di manakah laluan Zuhrah ketika ia bergerak di hadapan matahari?
Zuhrah tidak agak lalu tepat di tengah-tangah matahari, tetapi lebih kepada senget ke tepi sikit.
Rujuk animasi di bawah
Di mana kita boleh melihat transit ini?
Keseluruhan transit ini akan mengambil masa selama lebih kurang 6 jam. Bagi penduduk di benua Amerika, mereka akan melihatnya sebelah petang 5 Jun 2012, dan matahari akan terbenam terlebih dahulu sebelum transit ini tamat.
Bagi penduduk di Asia Timur, Pasifik dan kawasan Artik, mereka boleh lihat keseluruhan transit dari awal hingga akhir.
Di Malaysia pula, ia 50-50. Bagi anda di Semenanjung, Zuhrah sudah pun berada di hadapan matahari ketika ia terbit. Maknanya dah terlepas separuh masa pertama!
Di Sabah pula, anda akan berpeluang menyaksikannya dari awal hingga akhir!
Pukul berapakah ia akan bermula?
Berikut merupakan waktu fasa transit Zuhrah (Waktu Malaysia).
Sentuhan 1 (1st contact) .  6:13:07  Zuhrah mula menyentuh tepi matahari.
Sentuhan 2 (2nd contact). 6:31:00 Keseluruhan bentuk Zuhrah sudah memasuki kawasan matahari.
Pertengahan Transit 9:31:14. Zuhrah berada di pertengahan perjalanan transit
Sentuhan 3 (3rd contact). 12:31:56 Saat akhir keseluruhan Zuhrah di dalam kawasan matahari.
Sentuhan 4 (4th contact) 12:49:21 Zuhrah mula keluar dari kawasan matahari.
Berdasarkan waktu di atas, fasa sentuhan 1 dan 2 sahaja yang agak kritikal kerana ada kawasan di Malaysia yang boleh menyaksikanya (kerana matahari sudahpun terbit, seperti di Sabah dan sebahagian Sarawak), manakala ada yang tidak dapat menyaksikannya (kerana matahari belum terbit seperti di keseluruhan Semenanjung Malaysia).
sumber penulisan artikel: http://www.falak-online.net

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment