RSS

rindu zaman sekolah rendah...

Zaman sekolah rendah,budak2 terlalu indah untuk dikenang
macam2 ragam,karenah kita masa tu
biasa la budak2 kan..yang tau nak main,seronok ja
apa kata kita kongsi Nostalgia Zaman Sekolah Rendah

Nostalgia Zaman sekolah Rendah
 
1. lawan pemadam 
 hehe mesti korang tahu kan.ala lawan pemadam, bila kita tindih pemadam kawan kita,kita dikira menang.
yang bestnya pemadam kawan kita tu dapat kat kita.

2. main pepsikola
biasanya main waktu rehat.habis kasut sekolah kotor.

3. main 4 tiang
permainan ni memerlukan 5 orang. 4 orang ambik tiang masing2 dan sorang lagi dok ditengah sambil bertinggung pejam mata.
pastu kawan 4 orang tadi akan tepuk tengkuk kawan sorang tadi.
pastu kawan yg sorang ni kena teka siapa yang tepuk tengkuk dia dulu.kalau betul, kawan yang tepuk tengkuk yang pertama tadi akan dok di tengah plak.
kalau salah bermula permainan dimana kawan 4 orang ni perlu bertukar tiang.
siapa yang tak dapat tiang dia plak kena dok tengah.hehe

4. main tuju kapur,perang2
abis satu kotak kapur tulis cikgu..baling,tuju kapur kat kawan2.
kononnya main perang2.haha memg best la.

5. van vitegen datang sekolah  n milo
sehari sebelum van vitegen dtg cikgu bagi list jenis vitegen.esoknya kita berebut2 nak beli vitegen. beratur sampai 3 4 kali nk minum air free..sedap kot..heeee

6. program gosok gigi
kita kena bawa berus gigi dan kole ke sekolah.
pastu kita gosok gigi ramai2

7. pembaris panjang kuning
 mesti ingatkan pembaris panjang kuning yang selalu cikgu guna tu.
ada tempat pegang tengah2.membe ak pernah kena rotan sampai patah pembaris tu.

8. denda yang selalu kena adalah berdiri atas kerusi  n jalan itik..
kalau xsiapkan keje die ataw dpt gred merah lam peksa...

9. eksperimen kat makmal sains..ala eksperimen kacang hijau yang kita buat tu.
kat makmal sains ada model manusia..pastu kita suka main model manusia tu.
kita cabut paru2 dia la.yang bestnya sebelum ke makmal sains, cikgu suruh kita berbaris panjang dua barisan,lelaki perempuan.
pastu kita ikut cikgu ke makmal sains dalam barisan cam keretapi.

10. cikgu bawa rombongan sambil belajar
seronoknya kita dapat naik bas ramai2

dan macam-macam lagi . . . rasa nak teriak kot bila dikenang balik zaman sekolah rendah ni. Lagi2 sapa yang nakal tu mmg salu org ingt la..tmbah2 cm aku nih..hahaha...jupe cikgu pon cikgu ingt...hua5...


serius rindu kot...


sekian..

:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment