RSS

done battleship....thumbs up

BATTLESHIP....:)

Filem Battleship tentg Alex Hopper lakonan Taylor Kitsch yg terpka ikut abangnya, Stone (Alexander Skarsgard) menyertai Tentera Laut Amerika Syarikat, then heret dirinya dlm situasi mendebarkan masa mengikuti sesi latihan marin.

Alex yg berpangkat Leftenan  bersikap sukar untuk buat keputusan n berdepan ng poblem yg pelbagai disingkirkan daripada pasukanslps  tamat latihan. oleh sebab keberaniannya, Alex berupaya mencipta nama n history kepahlawanannya n keperwiraannya sendiri.

Plot cerita tentang tersalah menghantar transmisi gelombang komunikasi ke angkasa lepas yang menyebabkan pulau Hawaii berdepan masalah besar apabila isyarat yang dipancarkan menarik perhatian makhluk asing ke bumi.

Seterusnya, objek yang terdampar di tengah lautan menjadi persoalan kepada angkatan tentera laut dari 13 negara yang berkumpul di Pearl Harbor sempena latihan marin.

Situasi semakin mendebarkan apabila objek seperti bangunan di tengah- tengah samudera itu berubah menjadi kapal angkasa dan bermulalah babak pertempuran antara Tentera Laut Amerika Syarikat dan Jepun dengan makhluk asing dalam filem arahan Peter Berg ini.

Filem ini turut memaparkan kisah cinta antara Alex dan Samantha Shane (Decker), pengorbanan seorang abang kepada adiknya, serta persahabatan antara Alex dan Kapten Nagata (Asano).

Filem Battleship dilakon oleh Taylor Kitsch, Alexander Skarsgard,,Brooklyn Decker, Liam Neeson dan Tadanobu Asano itu turut menampilkan lakonan mantap daripada penyanyi Rihanna yang memegang watak Cora Raikes.








SEKIAN.....




:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment